Skim Pinjaman

Pembiayaan Rumah & Ubahsuai Rumah

  • Pembiayaan ini bertujuan untuk membeli, membina dan mengubahsuai rumah
Kbi image 14

Kaedah

  1. Al-Bai Bithaman Ajil
  2. Musyarakah Mutanaqisah
  3. Bai Al Inah
  4. Tawarruq

Jumlah Pinjaman Yang Ditawarkan

  • RM 100,000 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ribu Sahaja)bagi pembelian rumah dengan cagaran / penjamin
  • RM45,000 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh Lima Ribu Sahaja) bagi tujuan ubahsuai dengan penjamin

Kelayakan

  1. Kakitangan kerajaan yang berpendapatan minimum RM 900 sebulan dan telah berkhidmat minimum satu (1) tahun
  2. Kakitangan swasta yang berpendapatan minimum RM1000 sebulan dan telah berkhidmat minimum satu (1) tahun dan disahkan jawatan
  3. Perlu mempunyai syer minimum terkumpul untuk syarat layak hak
  4. Anggota hendaklah memiliki sekurang-kurangnya modal yuran RM 180 (RM30 x 6 bulan) dan telah mencarum Tabung Kebajikan RM30 (RM5 x 6 Bulan )
  5. Telah menjadi anggota selama enam (6) bulan
  6. Berpendapatan tetap serta berkemampuan untuk bayaran balik dengan ansuran bulanan tidak melebihi 60% atau 50% (bagi majikan yang menetapkan syaratnya) daripada pendapatan.

Keuntungan

  • Keuntungan dikenakan adalah sebanyak 6% setahun

Tempoh Bayaran Balik

  1. RM10,000 ke dan bawah – 120 bulan (penjamin / cagaran)
  2. RM10,001 dan ke atas – 180 bulan (penjamin / cagaran)

Cagaran

  • Pemohon perlu menandatangani surat ikatan penyerahan hakmilik sebagai cagaran atas pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan, kos guaman ditanggung oleh pemohon

Penjamin

  • Pemohon perlu mengemukakan seorang (2) penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi pembiayaan yang asset berkenaan tidak dicagarkan kepada Koperasi ini.

Pembiayaan Semula

  1. Pembiayaan semula hanya untuk jenis rumah yang boleh dicagarkan atas nama Koperasi ini
  2. Bagi tujuan pembiayaan semula (re-financing) pemohon hendaklah mengemukakan nilai harga semasa rumah (dibuat oleh penilai yang sah)dan penyata baki hutang di bank terdahulu

Dokumen yang perlu disediakan

  1. Salinan kad pengenalan yang disahkan
  2. Slip gaji asal 3 bulan terakhir berserta salinan yang disahkan
  3. Resit bayaran deposit 10%
  4. Perjanjian Jual Beli
  5. Sebutharga dari kontraktor
  6. Pelan (ubahsuai)
  7. Salinan bil letrik
  8. Salinan slip gaji pasangan (pasangan yang bekerja)
  9. Salinan penyata KWSP
  10. Salinan penyata bank gaji dikreditkan

Yuran Proses

  •  Yuran proses dikenakan sebanyak RM100

Langgan Buletin

Anda telah berjaya melanggan Maaf, berlaku kesilapan, sila cuba lagi.

Sosial Media

Jumlah Pelawat : 24750
© 1977 – 2025. Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. (No. Pendaftaran:16/31.5.77)