:: Proses Islamisasi Koperasi ::
 
Koperasi atau "Co-operactive" adalah terjemahan langsung dari "Co-operation" yang berasal dari perkataan latin "Co-operati". Ia terdiri dari dua suku kata iaitu "Co" bermakan "bersama" dan "Operati" beerti "bekerja" (Work atau Operate) jesteru itu, koperasi disimpul sebagai organisasi yang diwujudkan atas asas bekerjasama antara anggota-angotanya bagi mencapai matlamat tertentu.

Dalam bahasa arab ia disebut Ta'wuniyyah yang bermaksud saling bantu menbantu. Ia berbeza daripada syarikat karporat yang menekankan ke atas kekuatan modal (capital intensive) tanpa memerlukan penglibatan aktif anggota dalam aktiviti syarikat.
jesteru itu, mungkin wujud sleeping partner yang hanya memodali syarikat tanpa aktif dalam aktiviti harian syarikat. seterusnya diikuti dengan menguasai syarikat tersebut dalam membuat polisi dan keputusan.

Oleh kerana penglibatan semua anggoat dalam koperasi menjadi tunggak penubuhan sesebuah koperasi, maka semua anggota mempunyai hak yang sama tanpa melihat berapa jumlah modal sahamnya. tidak wujud keadaan pemegang saham terbanyak
menguasai keputusan koperasi berkenaan seperti yang berlaku dalam syarikat korporat.Oleh kerana koperasi bersifat institusi ekonomi, maka amnya koperasi menguruskan soal pengeluaran, penggunaan dan pemasaran, atau simpanan dan pinjaman, dengan tujuan menolong di antara satu sama lain tanpa mencari keuntungan perseorangan.

Sejarah Aktiviti Kewangan Dalam Koperasi

Sebahagian besar sumber kewangan koperasi adalah melalui caruman bulanan dan pembelian saham oleh anggotanya. Sebahagian besar koperasi meraikan keperluan asasi anggotanya dengan mewujudkan skim-skim pinjaman untuk pelbagai tujuan. Skim pinjaman wang ini mengenakan kadar faedah yang sederhana berbanding dengan kadar faedah yang dikenakan oleh intitusi kewangan seperti bank dan syarikat kewangan. Selain daripada pembayaran balik melalui skim potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), jaminan bayaran balik juga dibuat dengan mewajibkan seorang atau dua
orang penjamin. Sistem kredit pinjaman ini telah berjalan sejak awal sejarah koperasi di tanahair disebabkan sejarah penubuhan koperasi adalah berasaskan pinjam-meminjam. Sistem ini, iaitu pinjaman dikenakan faedah telah juga wujud sejak zaman atau tamadun Yunani. Sistem ini dinamakan sistem riba (Riba Qardhu).

Dalam gerakan koperasi Tanahair semasa, sistem riba ini telah mula digantikan dengan sistem yang berasaskan jual beli.

Sejarah koperasi berasaskan Islam di Malaysia bermula pada tahun 1983 apabila Koperasi Belia Islam Malaysia
mendaftarkan Peraturan Kredit Islamnya. Sehingga akhir tahun 1993, sejumlah 32 buah koperasi telah mengamalkan kaedah muamalah Islam dalam skim-skim pembiayaanya. Kini anggota dan pimpinan koperasi telah menyedari bahawa untuk
memenuhi keperluan asasi anggotanya,ada cara yang bersesuaian dengan anjuran agama dan insyAllah akan mendapat keredhaan Tuhan. Sistem jual beli ini tidak akan mengurangkan hak atau keperluan anggota koperasi dan tidak juga akan mengurangkan keuntungan koperasi kerana kalau dahulu sistem riba disalah anggap sebagai sistem jual beli tetapi kini digantikan dengan sistem jual beli yang sebenar. berikut dibicarakan kaedah jual beli yang lazim boleh digunakan oleh koperasi.

Koperasi yang melandaskan kepada islam tidaklah semata-mata kerana dorongan kesulitan ekonomi anggota dan kebaikan-kebaikan yang disebut diatas tetapi lebih didorong oleh beberapa faktor lain yang sebenarnya menjadi penggerak utama kepada
penubuhan koperasi itu sendiri. Faktor tersebut adalah:-

Pertama: Dorongan mengelak dari amalan RIBA mencuit jiwa umat islam yang komited supaya mewujudkan koperasi Islam, pada pandangan mereka, merupakan cara yang boleh mengelakkan pinjaman riba yang diterima sebagai dasar dalam
aktiviti ekonomi negara sekarang ini.

Kedua: Dorongan merealisasikan muamalat Islam seperti jual beli, sewa menyewa,masyarakah mutanaqisah, murabahah, mudaraah dan sebagainya yang selami ini tersimpan rapi dalam bentuk teori sahaja.

Ketiga: Koperasi Islam diwujudkan di atas kesedaran melahirkan amalan pertolongan dan kebajikan sesama muslim.

Koperasi Dalam Islam

Persoalan yang palin utama perlu diselesaikan ialah apakah prinsip dan konsep koperasi keseluruhannya bercanggah dengan Islam? Sekiranya ia bercanggah maka barulah timbul persoalan mengislamisasikan prisip dan konsep koperasi itu supaya ia serasi dengan Islam.Tidak cukup dengan prisip dan konsep koperasi selari dengan kehendak Islam, Sekiranya aktivitinya bercanggah dengan Islam. Jika demikain maka perlu pula mengislamisasikan aktiviti tersebut. Jesteru itu, Islamisasi adalah bermaksud mengislamkan sesuatu yangbelum islamik.

Dari perspekyif Islam kopersi yang berjalan sekarang ini terangkum di dalam konsep syarikat al-Inan yang diterima penharusannya oleh seluruh ahli perundangan Islam. Jika dilihat syarat-syarat syarikat al-Inan, seperti yang dijelaskan di bawah maka ia sama seperti syarat dalam koperasi.

Pertama: Modal terkumpul dari saham anggota digunakan di dalam perniagaan atau pelaburan yang dipersejutui oleh semua anggota. Anggota telah dijelaskan cara bagaimana wang modal koperasi dilaburkan. Apabila seseorang menyertaianya
maka beerti dia menyetujui cara-cara yang ditentukan itu.

Kedua: Persejutuan setiap anggota bagi pengurusan syarikat dan persetujuan mewakilkan kepada beberapa anggota syarikat tertentu bagi melaksanakan aktivitinya. Sekiranya persetujuan ini tidak diperolehi maka tidak sah mana-mana anggota di dalam syarikat mengurus harta/saham anggota lain.Di dalam koperasi pentadbirannya dijalankan oleh jemaah Lembaga Pengarah yang dilakukan di dalam mesyuarat agung koperasi membawa erti setiap anggota telah mewakilkan haknya kepada lembaga pengarah yang dipilih itu untuk menguruskannya.

Ketiga: Pembahagian keuntungan dan tanggungan kerugian adalah berdasarkan kepada modal saham. Cara yang sama juga dipraktikkan di dalam koperasi. Hanya sedikit berbeza di dalam amalan koperasi jika dibanding dengan pembahagian keuntungan di dalam amalan koperasi jika di banding dengan pembahagian keuntungan di dalam syarikat biasa; pertama: keuntungan hanyadiberi dengan kadar tidak melebihi 10 peratus daripada keuntungan koperasi dan kedua: jika seseorang anggota menarik diri, dia hanya diberi kembali wang sahamnya dengan tambahankeuntungan sebenar bagi tahun berkenaan sahaja dan tidak diberi keuntungan dari nilai harga koperasi keseluruhannya.

Cabaran Koperasi Islam

Koperasi yang berteraskan Islam harus berani mengemukakan produk-produk yang selari dengan kehendak syariah. Dalam hal ini, dua perkara perlu dilakukan oleh koperasi:

Pertama: meneliti semua produk yang sedia ada agar ia sesuai dengan kehendak syarak. Misalnya pinjaman peribadi dan pengguna koperasi, semuanya dilakukan dengan berasaskan interest (riba).Jesteru itu, pinjaman ini perlu diganti dengan
mekanisme syarak yang sesuai seperti menggunakan Kontrak Murabahah bagi pinjaman pengguna dan Kontrak Ainah bagi pinjaman peribadi.

Kedua: Mengemukakan produk baru yang diperlukan oleh anggota koperasi. Produk ini mestilah selari dengan tuntutan Syarak. Misalnya, produk Ar-Rahn, As-Sarf, Musyarakah Mutanaqisah, As-Syarik,Muakhah dan lain-lain

.